1:09 PTG

GAMBAR TABIKA

PANDANGAN HADAPAN


PANDANGAN SISI





KOLAM IKAN


TAMAN PERMAINAN

12:53 PTG

SEJARAH TABIKA


Tabika Perpaduan Taman Sri Anggerik, Rantau telah dibuka pada tahun 1995 di Taman Sri Anggerik dengan menyewa sebuah rumah teres.

Tabika ini terletak di kawasan Taman Perumahan di Pekan Rantau. Keluasannya lebih kurang 20x26 kaki persegi dan mempunyai dua bilik dan satu bilik air. Untuk ke Pejabat Perpaduan dari sini mengambil masa 30 minit perjalanan.

Pendaftaran kanak-kanak pada waktu itu adalah seramai 45 orang yang diusahakan bersama Penolong Pegawai Perpaduan dan Encik Wong Ngan Wah yang kemudiannya dilantik sebulat suara menjadi Pengerusi JPTP pada waktu itu. Majoriti kaum pada waktu itu adalah kanak-kanak dari keturunan cina.

Pada tahun 1999, kawasan Taman Sri Anggerik, Rantau ini terlibat dengan banjir besar yang merosakkan perkakas dan peralatan tabika termasuk beberapa dokumen serta buku di sudut bacaan.

Memandangkan masalah kawasan rendah dan sambutan pelajar yang ramai, Penolong Pegawai Perpaduan ketika itu Encik See Fook wah berusaha mencari tapak baru berhampiran tabika. Dengan kelulusan dari pihak Jabatan Perpaduan maka sebuah bangunan yang besar dan selesa didirikan di kawasan yang luas dan lapang pada tahun 2000 sehingga kini berdiri megah tanpa menghadapi masalah.

Bermula tahun 2006 sehingga kini keseimbangan jumlah pelajar dari semua kaum begitu memberangsangkan dengan kesemua kaum belajar bahasa mandarin sebagai pelajaran tambahan tanpa mengenakan bayaran yuran tambahan.
Tahun demi tahun, Guru dan Penolong Guru yang sama masih kekal bersama-sama untuk melakukan yang terbaik bagi meningkatkan mutu keselesaan dan keceriaan di dalam dan di luar tabika dengan perbelanjaan yang diusahakan oleh Guru tabika sendiri untuk menitikberatkan konsep “Tabikaku Rumahku, Guruku Pelindungku.”

Memandangkan tabika ini sebenarnya berada di kawasan kampung, ini menjadikan hubungan tabika dengan penduduk lebih rapat, erat dan saling mengenali antara satu sama lain dengan pelbagai kaum.

Tabika ini juga sering dijadikan rujukan bagi mahasiswa, mahasiswi dan guru-guru yang menyambung pelajaran master untuk membuat research psikologi kanak-kanak.