10:46 PTG

Doa dan harapan

Tabika saya terpilih ke final dalam Pertandingan Tabika Cemerlang peringkat kebangsaan. Pada 10 Oktober,2008 hari isnin penilaian oleh jemaah hakim akan datang. Saya dengan ini memohon supaya pengunjung-pengunjung di blog ini mendoakan kejayaan saya. Amin

10:03 PG

GAMBAR AKTIVITI TABIKA 2006


Pertandingan Mewarna Peringkat DUN Rantau pada 26 Mac 2006

Penyampaian Cenderahati Untuk Kanak-Kanak Tabika


Peraduan Mewarna Pada 2 April 06



Gotong Royong AJK JPTP Dan Ibu Bapa Pada 2 April


Sambutan Hari Lahir Kanak-Kanak Tabika Perpaduan pada 2 April


Pertandingan Mewarna pada 8 Julai 2006


Sukaneka pada 8 Julai 2006


Pertandingan Pakaian Tradisional 2006


Ceramah Penjagaan Gigi Oleh Klinik Pergigian Rasah Pada 17 Februari Dan 7 Julai 2006


Sekitar Pertandingan Mewarna Keluarga Sempena Sambutan Dan Pelancaran Kembara Padu Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan 2006.
Tarikh : 13 Ogos 2006
Tempat : Dewan dan Padang Orang Ramai, Rantau


Persiapan Dikendalikan Oleh KRT dan JPTP Taman Sri Anggerik Rantau



Persiapan Dewan Sempena Pelancaran Kembara Padu


Ketibaan Menteri Besar Negeri Sembilan


Pertandingan Mewarna


Perasmian Oleh Menteri Besar Negeri Sembilan



Majlis Tabikarama Dan Penyampaian Sijil Kanak-kanak Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Seremban Zon 1 Pada 12 November 2006



3:21 PTG

MESYUARAT 2006


Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Panyelaras Tabika Perpaduan Daerah Seremban 2006 pada 14 Januari 2006.

Perjumpaan dan Perbincangan Bersama Pengerusi JPTP diadakan setiap 3 bulan.




Mesyuarat Majlis Penyampaian Sijil Watikah Perlantikan AJK Kawasan Rukun Tetangga Dan Majlis Penutup Tabikarama Tabika Perpaduan Daerah Seremban .


AJK Kawasan Rukun Tetangga Dan Ibu Bapa Semasa Menghadiri Mesyuarat pada 7 November 2006


12:56 PTG

GURU, PEMBANTU GURU DAN MURID-MURID


TAHUN 2006

TAHUN 2007


TAHUN 2008

1:09 PTG

GAMBAR TABIKA

PANDANGAN HADAPAN


PANDANGAN SISI





KOLAM IKAN


TAMAN PERMAINAN

12:53 PTG

SEJARAH TABIKA


Tabika Perpaduan Taman Sri Anggerik, Rantau telah dibuka pada tahun 1995 di Taman Sri Anggerik dengan menyewa sebuah rumah teres.

Tabika ini terletak di kawasan Taman Perumahan di Pekan Rantau. Keluasannya lebih kurang 20x26 kaki persegi dan mempunyai dua bilik dan satu bilik air. Untuk ke Pejabat Perpaduan dari sini mengambil masa 30 minit perjalanan.

Pendaftaran kanak-kanak pada waktu itu adalah seramai 45 orang yang diusahakan bersama Penolong Pegawai Perpaduan dan Encik Wong Ngan Wah yang kemudiannya dilantik sebulat suara menjadi Pengerusi JPTP pada waktu itu. Majoriti kaum pada waktu itu adalah kanak-kanak dari keturunan cina.

Pada tahun 1999, kawasan Taman Sri Anggerik, Rantau ini terlibat dengan banjir besar yang merosakkan perkakas dan peralatan tabika termasuk beberapa dokumen serta buku di sudut bacaan.

Memandangkan masalah kawasan rendah dan sambutan pelajar yang ramai, Penolong Pegawai Perpaduan ketika itu Encik See Fook wah berusaha mencari tapak baru berhampiran tabika. Dengan kelulusan dari pihak Jabatan Perpaduan maka sebuah bangunan yang besar dan selesa didirikan di kawasan yang luas dan lapang pada tahun 2000 sehingga kini berdiri megah tanpa menghadapi masalah.

Bermula tahun 2006 sehingga kini keseimbangan jumlah pelajar dari semua kaum begitu memberangsangkan dengan kesemua kaum belajar bahasa mandarin sebagai pelajaran tambahan tanpa mengenakan bayaran yuran tambahan.
Tahun demi tahun, Guru dan Penolong Guru yang sama masih kekal bersama-sama untuk melakukan yang terbaik bagi meningkatkan mutu keselesaan dan keceriaan di dalam dan di luar tabika dengan perbelanjaan yang diusahakan oleh Guru tabika sendiri untuk menitikberatkan konsep “Tabikaku Rumahku, Guruku Pelindungku.”

Memandangkan tabika ini sebenarnya berada di kawasan kampung, ini menjadikan hubungan tabika dengan penduduk lebih rapat, erat dan saling mengenali antara satu sama lain dengan pelbagai kaum.

Tabika ini juga sering dijadikan rujukan bagi mahasiswa, mahasiswi dan guru-guru yang menyambung pelajaran master untuk membuat research psikologi kanak-kanak.