PANDANGAN HADAPAN
Mengenai Saya
OBJEKTIF
Mengeratkan silaturrahim dikalangan kaum, semua peringkat usia, remaja, dewasa dan ibubapa.
Mendapatkan input dan output dari segi pengalaman, pendidikan dan idea-idea yang kreatif serta berkongsi maklumat.
Mendapatkan input dan output dari segi pengalaman, pendidikan dan idea-idea yang kreatif serta berkongsi maklumat.
MATLAMAT
Untuk menjadikan Tabika Perpaduan Taman Sri Anggerik Rantau sebagai pemangkin ke arah matlamat objektif yang bersepadu dan berinovatif
TUJUAN
1. Kepada pengunjung-pengunjung blog matlamat utama saya adalah untuk mendapatkan sumbangan buku-buku cerita terpakai khusus untuk peringkat kanak-kanak Tabika bagi memenuhi bilik bacaan atau mini perpustakaan.
2. Mendapatkan sumbangan alat-alat mainan terpakai yang masih boleh digunakan terutama yang berkait rapat dengan pembelajaran dan pengajaran.
3. Sumbangan Alat Bantu Mengajar yang berhubung kait dengan tema pengajaran dan pembelajaran.
4. Adik-adik di peringkat menengah atau lepasan universiti dan guru-guru dapat kiranya berkongsi maklumat dan idea untuk sudut sains, pembelajaran secara praktikal yang mudah dan menarik bagi kanak-kanak tabika selain belajar melalui teori sebagai tarikan dan memupuk minat kanak-kanak terhadap sains.
5. Bertukar-tukar maklumat dan pandangan dari semua pengunjung mengenai kejayaan dan permasalahan untuk mendidik kanak-kanak dan belajar psikologi kanak-kanak dari segi bahasa badan, penulisan dan lukisan.

SILA HUBUNGI KAMI DI
Tabika Perpaduan Taman Sri Anggerik,
Taman Sri Anggerik,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan.
06-6946772
Taman Sri Anggerik,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan.
06-6946772
KOMENTAR ANDA
JUMLAH PENGUNJUNG SETAKAT INI
12:53 PTG
Tabika Perpaduan Taman Sri Anggerik, Rantau telah dibuka pada tahun 1995 di Taman Sri Anggerik dengan menyewa sebuah rumah teres.
Tabika ini terletak di kawasan Taman Perumahan di Pekan Rantau. Keluasannya lebih kurang 20x26 kaki persegi dan mempunyai dua bilik dan satu bilik air. Untuk ke Pejabat Perpaduan dari sini mengambil masa 30 minit perjalanan.
Pendaftaran kanak-kanak pada waktu itu adalah seramai 45 orang yang diusahakan bersama Penolong Pegawai Perpaduan dan Encik Wong Ngan Wah yang kemudiannya dilantik sebulat suara menjadi Pengerusi JPTP pada waktu itu. Majoriti kaum pada waktu itu adalah kanak-kanak dari keturunan cina.
Pada tahun 1999, kawasan Taman Sri Anggerik, Rantau ini terlibat dengan banjir besar yang merosakkan perkakas dan peralatan tabika termasuk beberapa dokumen serta buku di sudut bacaan.
Memandangkan masalah kawasan rendah dan sambutan pelajar yang ramai, Penolong Pegawai Perpaduan ketika itu Encik See Fook wah berusaha mencari tapak baru berhampiran tabika. Dengan kelulusan dari pihak Jabatan Perpaduan maka sebuah bangunan yang besar dan selesa didirikan di kawasan yang luas dan lapang pada tahun 2000 sehingga kini berdiri megah tanpa menghadapi masalah.
Bermula tahun 2006 sehingga kini keseimbangan jumlah pelajar dari semua kaum begitu memberangsangkan dengan kesemua kaum belajar bahasa mandarin sebagai pelajaran tambahan tanpa mengenakan bayaran yuran tambahan.
Tahun demi tahun, Guru dan Penolong Guru yang sama masih kekal bersama-sama untuk melakukan yang terbaik bagi meningkatkan mutu keselesaan dan keceriaan di dalam dan di luar tabika dengan perbelanjaan yang diusahakan oleh Guru tabika sendiri untuk menitikberatkan konsep “Tabikaku Rumahku, Guruku Pelindungku.”
Memandangkan tabika ini sebenarnya berada di kawasan kampung, ini menjadikan hubungan tabika dengan penduduk lebih rapat, erat dan saling mengenali antara satu sama lain dengan pelbagai kaum.
Tabika ini juga sering dijadikan rujukan bagi mahasiswa, mahasiswi dan guru-guru yang menyambung pelajaran master untuk membuat research psikologi kanak-kanak.
Langgan:
Catatan (Atom)